PROFIL TEAM BENGKEL WORDPRESS

 

Team Bengkel Wordpress (TBW) di anggotai oleh beberapa individual yang mempunyai latar belakang berkaitan dengan Pemasaran dan Perniagaan Internet. Individu ini juga giat berkecimpung dalam niche blogging menggunakan platform Wordpress. Demi menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia bergiat dalam pemasaran internet melalui blogging, TBW menganjurkan beberapa siri Bengkel Wordpress sejak awal tahun 2009 di sekitar Kuala Lumpur.

 

Profil TBW #1: Catzer

Profil Facebook

Catzer merupakan salah seorang alumni Kejuruteraan Kimia dari UiTM Shah Alam. Beliau membina blog pertama dari platform Wordpress berbayar (catzer.com) semasa tahun akhir beliau di UiTM dan mula menjana pendapatan pasif melalui blogging dan servis SEO.

 

Sejurus selepas tamat pengajian pada hujung tahun 2006,beliau bekerja di salah sebuah syarikat automotif tempatan selama 4 bulan sebelum mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Sejak itu, beliau menumpukan 100% kepada servis blogging dan SEO di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama menambah pengetahuan dan pengalaman dalam niche yang berkaitan dengan perniagaan dan pemasaran online dan offline. Kini beliau masih menetap di Shah Alam dan terus menjelajah dunia pemasaran tanpa sempadan bersama rakan niaga yang lain.

 

Profil TBW #2: Amirol

 

Mohd Amirol atau nama penuhnya Mohd Amirol Zolkifli adalah berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau adalah seorang usahawan kecil yang menjalankan perniagaan secara Offline dan Online secara serius bermula dari awal tahun 2006 setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dari UiTM.

 

Tahun 2006 adalah merupakan titik tolak permulaan Mohd Amirol sebagai peniaga + usahawan Online. Bermula dengan memberi khidmat membina laman web, pemasangan sistem dan akhirnya telah berjaya menghasilkan produk sendiri.

 

Sehingga ke hari ini, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh Amirol yang telah membantu ramai usahawan – usahawan internet Malaysia sama ada yang mereka yang masih baru mahupun yang telah lama berada dalam industri ini. Kemahiran dan kepakaran utama Amirol adalah dalam penghasilan produk – produk digital seperti ebook, video tutorial, scripting dan juga pengendalian sistem e-commerce. Amirol kini aktif dalam aktiviti pemasaran affiliate, mencipta produk digital dan juga menguruskan beberapa laman web e-commerce yang beliau miliki di peringkat antarabangsa.

 

Profil TBW #3: Shahkhairul Nizam

 

Shahkhairul Nizam atau lebih dikenali dengan nama Ijamidayu merupakan part time blogger dan Ebayer.

 

 

 

 

Home | Tentang Kami  | Sertai Bengkel | Lokasi Bengkel  | Hubungi Kami